Make your own free website on Tripod.com

JENIS-JENIS LAN

 

Terdapat dua jenis LAN yang utama iaitu:

 

Pelanggan/Pelayan (Client/Server)

 

Server atau komputer pelayan merupakan komputer yang mengawal sistem rangkaian. Server mempunyai cakera keras yang menyimpan data dan pencetak berkualiti tinggi yang digunakan oleh kesemua client atau pelanggan yang berhubung dengannya. Client atau pelanggan merujuk kepada semua komputer lain yang ada di dalam rangkaian yang sama. LAN jenis ini bergantung kepada server untuk melakukan pemprosesan dan maklumat yang telah siap diproses akan dihantar kepada setiap client. Server dan client berkongsi dalam melaksanakan pemprosesan.

Sistem operasi rangkaian pelanggan/pelayan membolehkan rangkaian melaksanakan fungsi dan aplikasi secara berpusat dalam komputer pelayan. Komputer pelayan menjadi nadi sistem dengan menyediakan kemudahan capaian ke sumber dan mengurus aspek keselamatan sistem. Setiap stesyen kerja mempunyai capaian kepada sumber (fail dan perisian aplikasi) yang terdapat pada komputer pelayan. Sistem operasi rangkaian juga menyediakan satu mekanisma untuk mengintegrasikan semua komponen rangkaian dan membenarkan lebih daripada seorang pengguna berkongsi secara serentak sumber yang sama tanpa mengira kedudukan fizikalnya.

Contoh sistem operasi rangkaian berasaskan sistem pelanggan/ pelayan yang popula antaranya ialah Windows NT dan Novell Netware.

 

 

LAN Pelanggan/Pelayan (client/server)

 

back next